PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA (31 OGOS) DARIPADA PRESIDEN PARTI IMPIAN SABAH
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI kepada seluruh rakyat Sabah dan rakyat Malaysia yang dihormati.
Hari Kebangsaan merupakan wadah untuk kita membakar semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan memelihara keharmonian berbilang kaum serta agama yang menjadi tiang seri kekuatan negara.
Sebagai sebuah parti tempatan, Parti Impian Sabah percaya bahawa kesejahteraan yang sebenarnya hanya dapat dinikmati melalui tadbir urus yang saksama dan berintegriti.
Marilah kita bersama-sama mempertahankan kedaulatan, mengukuhkan perpaduan dan membina masa depan Malaysia yang lebih adil dan saksama. Selamat Hari Kebangsaan 2026
‘Satu Impian, Satu Harapan demi Sabah dan Malaysia’
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada;
YBHG. TUAN MICHEL ALOK
President
Of Parti Impian Sabah
& Semua Kepimpinan Pusat.