PERUTUSAN PRESIDEN PARTI IMPIAN SABAH
Sempena
PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2024
Salam sejahtera dan Salam 1 Impian kepada anda semua dan saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 kepada seluruh rakyat Sabah khususnya kaum Cina yang merayakan perayaan ini.
Pada tahun 2020, saya telah mendapat ilham untuk menubuhkan sebuah parti politik dengan semangat dan keazaman untuk mengembalikan dan memulihkan konsep politik serta urus tadbir kerajaan ke landasan yang benar, telus dan cemerlang.
Tahun ini, setelah parti yang saya ilhamkan terdaftar, keazaman dan semangat kami kini menjadi semakin berkobar-kobar untuk menjadikan Impian kami dan Impian anda semua menjadi satu kenyataan.
Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini yang membawa pengertian tentang keberuntungan dan keharmonian, harapan saya agar seluruh rakyat Sabah akan terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam bermasyarakat di samping memperoleh kejayaan di dalam semua bidang yang diceburi. Semoga Sambutan Tahun Baru Tahun Ini Memberi Kesihatan, Meningkatkan Ekonomi Kita Semua Tanpa Ada Yang Keciciran.
‘Sabah Bersatu Bangkit Bersinar’
Ingatan Telus Ikhlas drpd;
TUAN MICHEL ALOK
President
Of Parti Impian Sabah
& Semua Kepimpinan Pusat.