PERUTUSAN PRESIDEN PARTI IMPIAN SABAH

Sempena

Hari Raya Aidilfitri 1445H

Salam Aidilfitri, Salam Sejahtera dan Salam 1 Impian kepada anda semua muslimin dan muslimat khususnya pemimpin dan ahli-ahli Parti Impian Sabah yang beragama Islam.

10 April, 2024 bersamaan 1 Aidilfitri 1445 Hijrah merupakan hari di mana seluruh rakyat yang beragama Islam di Sabah khususnya merayakan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran. Semoga setiap langkah kita di hari yang mulia ini dipenuhi dengan keberkatan dan kegembiraan yang tak terhingga. Marilah kita bersyukur atas nikmat kemenangan setelah menjalani bulan Ramadan dengan penuh pengabdian.

Bersempena dengan bulan yang mulia ini, saya menyeru agar kita semua teruskan perjuangan untuk menjadi yang lebih baik, memaafkan kesilapan diri sendiri dan orang lain. Semoga hari yang fitri ini membawa kedamaian, kebahagiaan, dan kesejahteraan kepada kita semua. Taqabbalallahu minna wa minkum. Eid Mubarak!

‘Sabah Bersatu Bangkit Bersinar’

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada;
YBHG. TUAN MICHEL ALOK
President 
Of Parti Impian Sabah
& Semua Kepimpinan Pusat.

en_GBEnglish