PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA (31 OGOS) DARIPADA PRESIDEN PARTI IMPIAN SABAH

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI kepada seluruh rakyat Sabah dan rakyat Malaysia yang dihormati.

Hari Kebangsaan merupakan wadah untuk kita membakar semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan memelihara keharmonian berbilang kaum serta agama yang menjadi tiang seri kekuatan negara.

Selaras dengan tema sambutan tahun ini, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, kita diingatkan tentang kebebasan, keadilan dan kesejahteraan yang mesti dirasai oleh setiap lapisan masyarakat dalam Malaysia. Kemajuan Sabah adalah kemajuan Malaysia dan kekuatan Malaysia terletak pada keadilan bagi Sabah.

Sebagai sebuah parti tempatan, Parti Impian Sabah percaya bahawa kesejahteraan yang sebenarnya hanya dapat dinikmati melalui tadbir urus yang saksama dan berintegriti.

Marilah kita bersama-sama mempertahankan kedaulatan, mengukuhkan perpaduan dan membina masa depan Malaysia yang lebih adil dan saksama. Selamat Hari Kebangsaan 2026

Satu Impian, Satu Harapan demi Sabah dan Malaysia

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada;
YBHG. TUAN MICHEL ALOK
President
Of Parti Impian Sabah
& Semua Kepimpinan Pusat.

en_GBEnglish