PERUTUSAN PRESIDEN PARTI IMPIAN SABAH
Sempena
PERAYAAN Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1445H
Salam Ramadhan, Salam Sejahtera dan Salam 1 Impian kepada anda semua muslimin dan muslimat khususnya pemimpin dan ahli-ahli Parti Impian Sabah yang beragama Islam.
12 Mac, 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445 Hijrah merupakan hari di mana seluruh rakyat yang beragama Islam di Sabah khususnya akan mula menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Bersempena dengan bulan yang mulia, ini, saya menyeru agar kita semua akan menjadikan Ramadhan tahun ini sebagai bulan perubahan bagi diri, keluarga dan masyarakat kita. Manusia umumnya memerlukan satu peristiwa untuk melakukan perubahan, maka dengan itu kita jadikan perubahan itu kearah kebaikan hati, jiwa dan nurani pada bulan yang dirahmati ini.
‘Sabah Bersatu Bangkit Bersinar’
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada;
YBHG. TUAN MICHEL ALOK
President
Of Parti Impian Sabah
& Semua Kepimpinan Pusat.