Perutusan Presiden

Sempena Hari Natal 2024

Salam sejahtera, Salam 1Impian, dan selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh rakyat Sabah yang dikasihi.

Pada musim perayaan ini, marilah kita
bersama-sama menghayati semangat kasih sayang, keharmonian dan perpaduan yang menjadi tunjang kehidupan masyarakat kita. Krismas bukan sekadar waktu untuk bertukar hadiah, tetapi juga masa untuk merenung berkat yang kita miliki dan berkongsi kegembiraan bersama keluarga, sahabat dan mereka yang memerlukan.

Saya percaya, dengan semangat muhibbah dan perpaduan, kita mampu mengharungi apa jua cabaran untuk membina Sabah yang lebih makmur, adil, dan sejahtera.

Semoga terang Natal memenuhi hati kita dengan kasih, sukacita dan kedamaian serta harapan baharu untuk masa depan yang lebih cerah.

Merry Christmas dan selamat bercuti kepada semua!

‘Sabah Bersatu Bangkit Bersinar’

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada;
YBHG. TUAN MICHEL ALOK
Presiden Parti Impian Sabah

ms_MYMalay