Ibu Pejabat Parti Impian Sabah
Lot No. 3, Tingkat 1, Blok E,
Pusat Perdagangan Sibuga Jaya,
Jalan Sibuga Jaya,
90000 Sandakan, Sabah
Pejabat KK Parti Impian Sabah
No 88, Mile 3, Jln Penempatan,
Opposite Dewan Foo Chow
88100 Kota Kinabalu Sabah.
Ibu Pejabat Parti Impian Sabah
Lot No. 3, Tingkat 1, Blok E,
Pusat Perdagangan Sibuga Jaya,
Jalan Sibuga Jaya,
90000 Sandakan, Sabah
Pejabat KK Parti Impian Sabah
No 88, Mile 3, Jln Penempatan,
Opposite Dewan Foo Chow
88100 Kota Kinabalu Sabah.
Logo & Bendera Rasmi
Visi & Misi
Visi
Memacu Sabah ke era masa hadapan
yang lebih cemerlang dan terbilang.
Misi
Menjadi sebuah parti yang
mempunyai ideologi politik sihat
untuk menjamin pembangunan serta mempertahankan hak-hak Sabah demi kesejahteraan rakyat.
Tujuan & Matlamat
01
Untuk mendukung, menyokong dan memelihara prinsip-prinsip RUKUN NEGARA mengikut erti kata dan kemuliaan semangatnya yang sebenar.
02
Untuk memacu Negeri Sabah ke arah masa hadapan yang lebih cemerlang dalam segala bidang sama ada di bidang politik, ekonomi, sosial dan bidang lain.
03
Untuk meningkatkan Perpaduan, Muhibah dan Usaha ke arah mencapai keamanan, kemajuan, harmoni dan persefahaman di kalangan semua kaum di Malaysia, khususnya di negeri Sabah.
04
Untuk menuntut, mengekalkan dan menjaga hak-hak dan kepentingan negeri Sabah dalam Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.
05
Untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak dan kedudukan istimewa Bumiputera Tempatan Sabah dan kepentingan-kepentingan yang sah bagi setiap warganegara Malaysia di Sabah.
06
Untuk mempertahankan, memelihara dan mengembangkan adat resam serta kebudayaan semua etnik kaum dan sub-etnik yang ada di negeri Sabah.
07
Mendukung dan memastikan amalan rasuah di semua peringkat termasuklah rasuah politik di banteras sepenuhnya.
08
Untuk menjadi satu Pertubuhan Politik yang Bersih, Cekap dan Amanah dalam usaha membela kepentingan rakyat dan Negeri Sabah seluruhnya.
09
Mendukung, mengekalkan dan memastikan proses pengamalan Demokrasi Berparlimen yang sebenar dan berterusan.
10
Mengamalkan Prinsip Kepimpinan Melalui Teladan dalam semua peringkat pentadbiran Pertubuhan / Parti.
11
Menjaga, memelihara dan mempertahankan alam semula jadi dan khazanah seperti hasil galian, hasil laut dan daratan yang terdapat di negeri Sabah.
12
Menyertai pilihan raya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihan raya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi membentuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
13
Untuk bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan politik yang berdaftar dan mempunyai matlamat dan tujuan yang sama dalam Malaysia, demi memastikan dan menggalakkan pembangunan politik yang sihat dan melakukan semua yang perlu selaras dengan matlamat dan tujuan tersebut di atas ke arah satu masyarakat yang adil, stabil, harmoni dan makmur.
Asas Utama Penubuhan
01
Parti Bersih & Cekap
Sabah memerlukan sebuah parti yang bersih dan cekap dengan dasar, hala tuju yang jitu dan teratur seiring dengan perubahan masa.
Bertekad untuk melaksanakan rancangan-rancangan pemulihan dan pembangunan setelah menjadi kerajaan demi kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan Sabah.
02
Pemimpin Berintegriti
Sabah perlu melahirkan barisan kepimpinan yang berintegriti, berpendirian dan tidak mudah terpengaruh dengan gimik berpolitik yang tidak sihat.
03
Kepimpinan Generasi Muda
Konsisten dalam mengetengahkan barisan kepimpinan generasi muda yang berinovatif dan produktif serta mempunyai visi dan misi yang seiring dengan parti.
Teras Perjuangan Parti
Iklim politik di Sabah telah mengalami perubahan semenjak parti politik dari Semenanjung Malaysia memperkenalkan ideologi politik mereka di mana ramai rakyat Sabah sudah terpengaruh dengannya. Namun, rakyat Sabah harus sedar dan bangkit untuk memilih sebuah parti politik Sabah yang ikhlas membawa satu transformasi melalui kepimpinan yang baru, bersih, cekap dan amanah dengan mengamalkan politik bertanggungjawab.
Parti Impian Sabah berpegang kepada lima (5) teras untuk menguatkan barisan pemimpinnya agar sentiasa fokus dalam perjuangan parti dan tidak terpengaruh dengan gimik ideologi politik parti-parti lain.
Semua pemimpin Parti Impian Sabah percaya dan bersandar kepada Tuhan untuk kekuatan melaksanakan hala tuju perjuangan parti.
Semua pemimpin Parti Impian Sabah wajib melaksanakan perintah Tuhan serta tidak melakukan perbuatan yang dilarang.
Semua pemimpin Parti Impian Sabah harus mengamalkan nilai-nilai murni di semua aspek terutama dari segi kesopanan, kesusilaan, nilai moral yang baik dan menjadi teladan kepada orang lain. Pemimpin yang baik juga harus mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti berikut ;
3.1 : Bersih 3.2 : Cekap 3.3 : Bertanggungjawab |
3.4 : Berintegriti 3.5 : Amanah 3.6 : Rendah Hati |
Parti Impian Sabah menerapkan prinsip memberi peluang kepada generasi muda yang mempunyai kelayakan dan kebolehan serta visi dan misi untuk menjadi pemimpin di masa hadapan dengan cara menghadkan tempoh seseorang memegang jawatan tidak melebihi dua penggal iaitu dua belas tahun.
Agama
i. Mengamalkan konsep menghormati kepercayaan agama masing-masing.
ii. Memastikan kebebasan beragama di Sabah.
Kaum
i. Mempertahankan, memelihara dan mengembangkan adat resam serta kebudayaan etnik kaum dan sub-etnik yang ada di Sabah.
ii. Mengamalkan konsep dan membudayakan prinsip menjaga keharmonian berbilang kaum di Sabah.