Kelainan
Parti Impian Sabah
Boleh Membawa Perubahan Apabila Menjadi Kerajaan
Parti Impian Sabah boleh membawa Negeri Sabah menjadi sebuah negeri maju berpendapatan tinggi pada waktu diberi mandat oleh rakyat Sabah untuk memerintah kerana:
01
Perjuangan Parti Impian Sabah berteraskan kepercayaan kepada Tuhan. Parti Impian Sabah (PIS) percaya bahawa usaha-usaha murni yang dilaksanakan secara ikhlas atas dasar kemuliaan Tuhan dalam memajukan sesebuah negeri dan rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama, dan mengelola sumber kekayaan semulajadi ciptaanNya dengan berhemah dan bertanggungjawab boleh mendapat berkat daripadaNya.
02
Sasaran pragmatik Parti Impian Sabah untuk membawa Sabah menjadi ‘Negeri Maju Berpendapatan Tinggi’ menjelang tahun 2030 dengan pelaksanaan pelbagai rancangan pemerkasaan ekonomi negeri, jaringan infrastruktur & utiliti menyeluruh, kesejahteraan sosial & keharmonian masyarakat, mengembangkan kekayaan warisan budaya Sabah dan pemuliharaan mampan ekosistem alam sekitar yang diilhamkannya.
03
Parti Impian Sabah bertekad memperbaiki kelemahan-kelemahan sistem pentadbiran kerajaan negeri lalu yang menjadi rungutan rakyat selama ini dengan penstrukturan pentadbiran kompeten di peringkat negeri dan daerah. Parti Impian Sabah mengekalkan dasar-dasar kerajaan negeri yang masih membawa kebaikan dan menambahbaik atau mengubah dasar-dasar yang tidak lagi relevan pada masa kini.
04
Parti Impian Sabah bertekad untuk menyelesaikan keluhan rakyat terhadap etika cara kerja di sektor awam negeri, prosedur-prosedur yang merumitkan urusan rakyat dan pengagihan bantuan negeri yang tidak seimbang yang selama ini dipandang remeh oleh kerajaan lalu.
05
Parti Impian Sabah sudah mengenal pasti sumber-sumber kewangan dan kekayaan Negeri Sabah untuk membawa perubahan dan pembangunan demi kemakmuran hidup yang diimpikan sekian lama oleh rakyat Sabah.
06
Semua pemimpin tertinggi Parti Impian Sabah ialah graduan yang mempunyai kelebihan istimewa dari segi kelayakan, kebolehan, tanggungjawab, integriti, bersih, cekap, amanah dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Kepimpinan Berintegriti Dan Berkebolehan
Kepimpinan Melalui Teladan
Parti Impian Sabah menerapkan konsep kepimpinan melalui teladan yang betul sebagai amalan utama parti untuk mendapat kepercayaan dari rakyat dan dihormati oleh masyarakat.
Parti Impian Sabah melaksanakannya di setiap peringkat kepimpinan dalam organisasi parti merangkumi semua aspek-aspek pengertian kepimpinan politik untuk membentuk pemimpin-pemimpin berkualiti yang dapat mempengaruhi bakal pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli dalam mencapai matlamat yang dicita-citakan olehnya.
Pemilihan Kepimpinan Utama Parti
Parti Impian Sabah memandang penting dan mengambil serius tentang barisan pemimpin utamanya. Oleh itu parti sangat selektif dan teliti dalam menentukan calon-calon yang dipilih adalah berpendidikan, benar-benar layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Syarat-syarat kelayakan, kriteria perwatakan dan sifat-sifat jati diri serta prosedur pemilihan calon pemimpin-pemimpin utama telah disediakan oleh parti. Kriteria dan proses pemilihan adalah berlainan dengan amalan pemilihan calon pemimpin oleh kebanyakan parti-parti politik sekarang yang kerap berdasarkan kedudukan, pengaruh dan kewangan.
Jawatan Bertempoh
Parti Impian Sabah melaksanakan sistem had tempoh seseorang ahli parti memegang sesuatu jawatan. Sistem jawatan bertempoh mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri dan dapat memberi peluang kepada ahli-ahli lain dalam parti untuk berkhidmat dan membawa perubahan mengikut aliran masa.
Had tempoh maksimum seorang ahli parti memegang jawatan dalam parti ialah dua penggal dimana satu penggal ialah selama enam tahun. Ahli-ahli parti yang bakal menjadi pengganti pemimpin perlu melalui proses pemilihan yang ketat.
Pemimpin Pelapis
Parti Impian Sabah (PIS) melaksanakan rancangan pemimpin pelapis untuk memantapkan barisan pemimpin baru selaras dengan matlamat parti memberi peluang kepada generasi muda untuk berkhidmat. Pendedahan program pemimpin pelapis yang unik ini memberikan kelebihan dan kesediaan kepada Parti Impian Sabah dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Bersih, Jujur & Amanah
Barisan kepimpinan Parti Impian Sabah (PIS) adalah benar-benar bersih dan amanah. Pemimpin-pemimpin parti berpegang kepada asas kejujuran, menolak politik wang dan menjauhi amalan rasuah untuk berkhidmat secara berkesan demi kemakmuran rakyat Sabah. Pemimpin-pemimpin Parti Impian Sabah boleh bebas bersuara dan menuntut dengan tegas penyelesaian kepada masalah rakyat Sabah tanpa kekangan.
Parti Impian Sabah turut mengkehendaki para pemimpin utamanya melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Mereka perlu mengikuti taklimat dan aktiviti pencegahan rasuah untuk membentuk keperibadian yang dihormati oleh masyarakat.
Kepimpinan Berkualiti
Para pemimpin Parti Impian Sabah berkelayakan dari segi akademik, berkebolehan dan bertanggungjawab. Kualiti kepimpinan yang baik serta berpendidikan sudah pasti membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan efisien. Mereka pasti dapat membawa ideologi baru dalam membawa perubahan kepada hidup rakyat.
Penglibatan Pihak Profesional
Parti Impian Sabah melibatkan golongan profesional dari pelbagai latar belakang seperti sosial, ekonomi dan alam sekitar di dalam struktur organisasi tertinggi parti dan seterusnya merupakan ketua dalam biro-biro parti.
Berpotensi Untuk Menang
01
Parti Impian Sabah (PIS) tidak ada sebarang ikatan dengan mana-mana pemimpin atau parti dari Semenanjung Malaysia dan tidak akan menerapkan gimik politik mereka.
02
Parti Impian Sabah (PIS) ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah yang mempunyai impian dan hala tuju yang sama untuk melihat Sabah berjaya dan makmur tanpa campur tangan Semenanjung Malaysia.
03
Parti Impian Sabah (PIS) bebas bersuara dan menuntut secara lantang hak-hak ke atas 20 perkara yang termaktub di dalam Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963.
04
Parti Impian Sabah (PIS) mempunyai hala tuju dan rancangan pembangunan yang jitu untuk membawa Sabah mencapai status ‘Negeri Maju Berpendapatan Tinggi’ menjelang tahun 2030.
05
Asas perjuangan Parti Impian Sabah (PIS) adalah sealiran dengan ideologi, prinsip dan dasar-dasar yang diharapkan oleh rakyat Sabah untuk sekian lama. Teras perjuangan Parti Impian Sabah (PIS) berasaskan rukun kepercayaan kepada Tuhan untuk mendapatkan ilham dan kekuatan dan bersandarkan sifat takut kepada Tuhan agar tidak melakukan perbuatan yang dilarang olehNya.
06
Parti Impian Sabah (PIS) adalah parti yang baru yang diperkukuhkan oleh barisan pemimpin yang baru, cekap, bersih, amanah, berintegriti dan bertanggungjawab. Mereka prihatin dengan keperluan hidup rakyat dan bertekad untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Para pemimpin Parti Impian Sabah (PIS) menolak rasuah, menjauhi politik wang, tidak tamak kemewahan dan sedia berikrar dengan SPRM.
Boleh Mencapai Matlamat Perjuangannya
01
Parti Impian Sabah (PIS) berpendirian ikhlas dan teguh dengan matlamat perjuangan asasnya. Parti Impian Sabah tidak akan mengikut jejak dan amalan tidak baik sesetengah pemimpin yang menyebabkan parti mereka terpesong dari matlamat perjuangan asal. Mereka mengutamakan kepentingan peribadi dalam urusan rasmi, dahagakan kuasa, pengaruh melalui politik wang, enggan memberi peluang kepada pemimpin baru serta membawa nilai integriti diri yang rendah.
04
Pemimpin-pemimpin Parti Impian Sabah (PIS) dipilih adalah intelektual yang berintegriti tinggi, prihatin, tekun, berkebolehan dan mengutamakan:
- Pelaksanaan dan pencapaian rancangan-rancangan pemulihan yang diilhamkan oleh Parti Impian Sabah (PIS).
- Penyelesaian rungutan-rungutan dan kesusahan hidup rakyat Sabah yang sekian lama diabaikan oleh kerajaan lalu.
- Mutu kerja, tanggungjawab dan kualiti sebagai pemimpin yang ikhlas dan boleh dipercayai.
- Tanggungjawab berkhidmat untuk rakyat tanpa mementingkan kemewahan, kedudukan dan menolak amalan-amalan politik yang tidak beretika.
- Keperibadian bersih dengan menjauhi amalan rasuah dan sanggup melafazkan ikrar bebas rasuah dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).