Parti baru dibentuk kerana;

  • Ramai pemimpin parti politik yang sedia ada sudah selesa dengan amalan politik yang kurang beretika.
  • Kebanyakan parti-parti politik leka dengan matlamat asal perjuangannya kerana bergelut dalam kancah perebutan kuasa.
  • Parti-parti di Sabah sudah terikat dengan parti-parti yang berpengaruh dari Semenanjung Malaysia.
  • Ramai pemimpin parti politik di Sabah membudayakan nilai kebendaan kerana terpengaruh dengan janji-janji kemewahan.
  • Persepsi baik terhadap parti politik di Sabah yang sedia ada sudah tercemar.
  • Kebanyakan pemimpin parti-parti politik sekarang sukar menerima ideologi politik baru dari generasi muda.
  • Parti yang ada sekarang ini masih melaksanakan pelbagai dasar yang tidak relevan dengan keadaan semasa.

Ini adalah kerana Pengasas Parti Impian Sabah;

  • Mahu mengetengahkan identiti baru dan ideologi dinamik parti yang diimpikan oleh rakyat Sabah.
  • Mahu melaksanakan pelbagai dasar yang diperlukan oleh rakyat Sabah sekarang.
  • Mahu mengetengahkan barisan pemimpinnya yang murni, berakhlak mulia, tekun, bertanggungjawab, layak dan tidak ‘terikat’.
  • Mahu memberi peluang kepada barisan pemimpin muda yang berjiwa rakyat dan berpandangan luas menjadi pemimpin di dalam parti.
  • Menolak budaya lompat parti dan politik wang yang diamalkan oleh kebanyakan pemimpin parti sekarang.

 Saya harus sokong kerana;

  • Matlamat dan tujuan Parti Impian Sabah (PIS) dapat membawa Sabah ke masa depan yang penuh harapan, cerah, maju dan terjamin
  • Teras perjuangan Parti Impian Sabah  berasaskan statusnya yang tidak terikat dengan mana-mana pihak berpengaruh.
  • Parti Impian Sabah prinsip memberi peluang kepada generasi muda yang mempunyai kelayakan dan kebolehan serta visi dan misi untuk menjadi pemimpin di masa hadapan dengan cara menghadkan tempoh seseorang memegang jawatan tidak melebihi dua penggal iaitu dua belas tahun.
  • Parti Impian Sabah   komited dalam menuntut hak-hak rakyat Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
  • Pendekatan politik Parti Impian Sabah berdasarkan prinsip dan dasar baru yang menjadi harapan rakyat Sabah.
  • Kesungguhan Parti Impian Sabah   memperbetulkan persepsi negatif rakyat Sabah terhadap etika, amanah dan nilai kejujuran dalam berpolitik.
  • Parti Impian Sabah   berkeyakinan untuk mendapat kejayaan dalam pilihan raya.
Parti Impian Sabah yakin boleh menang kerana;

  • Parti Impian Sabah adalah parti baru yang bebas dari sebarang ikatan dengan mana-mana pihak berpengaruh atau agenda-agenda arena politik dari Semenanjung Malaysia.
  • Parti Impian Sabah   berikrar untuk mengurus kekayaan Sabah dengan bijak dan mesra rakyat.
  • Visi, misi dan perjuangan Parti Impian Sabah membawa anjakan politik, sosial dan ekonomi yang menyeluruh untuk rakyat pinggir bandar dan luar bandar
  • Kewibawaan dan imej bersih barisan pemimpinnya yang ditampilkan diterima oleh rakyat Sabah.
  • Barisan pemimpin Parti Impian Sabah dipilih adalah layak, bebas, amanah, tekun, sedia berkhidmat dan bersungguh-sungguh untuk membawa Sabah ke era yang lebih cemerlang.
  • Pemimpin Parti Impian Sabah tahu cara-cara untuk mengatasi kepayahan rakyat Sabah menjalani kehidupan harian.

 Mestilah boleh! Sebab barisan pemimpin Parti Impian Sabah;

  • Mendukung teras asas kepercayaan kepada Tuhan. 
  • Berkomitmen memacu Sabah ke era masa hadapan yang lebih cemerlang dan terbilang.
  • Dipilih berdasarkan kriteria dan kelayakan yang ditetapkan oleh Parti Impian Sabah.
  • Tahu rungutan rakyat Sabah dan cara untuk menanganinya.
  • Dipilih bukan atas dasar pengaruh dan kedudukan kewangan orang tersebut.
  • Adalah bersih, berintegriti, rendah diri dan boleh dipercayai.
  • Komited menjauhi politik wang dalam urusan parti atau pilihanraya.
  • Komited tidak melibatkan kepentingan diri dalam apa-apa urusan.
  • Komited tidak tamak kemewahan, kuasa dan kedudukan.
  • Komited tidak akan lompat parti.
Parti Impian Sabah yakin boleh menang kerana;

  • Parti Impian Sabah adalah parti baru yang bebas dari sebarang ikatan dengan mana-mana pihak berpengaruh atau agenda-agenda arena politik dari Semenanjung Malaysia.
  • Parti Impian Sabah   berikrar untuk mengurus kekayaan Sabah dengan bijak dan mesra rakyat.
  • Visi, misi dan perjuangan Parti Impian Sabah membawa anjakan politik, sosial dan ekonomi yang menyeluruh untuk rakyat pinggir bandar dan luar bandar
  • Kewibawaan dan imej bersih barisan pemimpinnya yang ditampilkan diterima oleh rakyat Sabah.
  • Barisan pemimpin Parti Impian Sabah dipilih adalah layak, bebas, amanah, tekun, sedia berkhidmat dan bersungguh-sungguh untuk membawa Sabah ke era yang lebih cemerlang.
  • Pemimpin Parti Impian Sabah tahu cara-cara untuk mengatasi kepayahan rakyat Sabah menjalani kehidupan harian.

 Boleh! Parti Impian Sabah boleh mengubah Sabah kerana;

  • Parti Impian Sabah mempunyai pemimpin yang berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berdasarkan teras perjuangan parti.
  • Parti Impian Sabah bertekad membaiki kelemahan-kelemahan pentadbiran kerajaan lalu dan menambah baik dasar-dasar yang kurang relevan dengan perubahan masa.
  • Parti Impian Sabah mempunyai wawasan dan perancangan pemulihan yang menyeluruh untuk membawa Sabah ke era masa hadapan yang lebih cemerlang dan terbilang. 
  • Parti Impian Sabah sudah mengenal pasti sumber kewangan yang diperlukan untuk membawa perubahan yang diperlukan oleh rakyat Sabah.

Pengasas dan presiden Parti Impian Sabah ialah Ybhg. Tuan Michel Alok @ Ilok.

Barisan calon-calon DUN Sabah Parti Impian Sabah (PIS) akan dipaparkan pada laman sesawang di muka laman Pilihanraya bila tiba masanya.

Parti Impian Sabah (PIS) akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dan Parlimen.

A:Maklumat lengkap manifesto Parti Impian Sabah (PIS) akan diumumkan secara rasmi ketika musim pilihanraya.

Adakah

A: Parti Impian Sabah (PIS) ialah sebuah parti politik bertapak di Negeri Sabah.

A: Parti Impian Sabah (PIS) ditubuhkan pada 21.12.2020.

A: Parti Impian Sabah (PIS) ditubuhkan dengan visi dan misi yang jelas dan bukan untuk tujuan pecah undi.

A: Parti Impian Sabah (PIS) bebas dari sebarang ikatan, dengan mana-mana parti politik.

A: Parti Impian Sabah (PIS) boleh bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai  visi, misi dan matlamat perjuangan yang seiring demi  kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Sabah.

A: Persidangan Perwakilan Agung Dwi-Tahunan Parti Impian Sabah Kali Pertama Sesi 2024-2026 telah diadakan pada 12hb Disember 2024 bertempat di Dewan Utama Likas Square, Kota Kinabalu.

ms_MYMalay