Perutusan Presiden PARTI IMPIAN SABAH
Sempena
Musim Perayaan Kemerdekaan ke-61
Sempena musim perayaan Kemerdekaan saya ingin mengucapkan Salam Kemerdekaan ke-61 kepada semua rakyat Sabah & Malaysia amnya.
Sesungguhnya nikmat kebebasan yang kita capai sejak 61 tahun yang lalu adalah hasil usaha pejuang kemerdekaan yang membuka jalan untuk kita. Mari kita menjunjung tinggi nilai-nilai bangsa, budaya, warisan dan kepelbagaian kaum dan semoga semangat patriotisme memenuhi hati anda semua dengan kebanggaan
Hari ini, marilah kita meraikan perpaduan dan kekuatan negara kita yang pelbagai dengan semangat untuk mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan tanah air ini terutamanya dalam menghadapi cabaran globalisasi supaya ia dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.
Moga kemerdekaan ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk bekerjasama ke arah hari esok yang lebih cerah. Selamat Hari Kemerdekaan!
‘Sabah Bersatu Bangkit Bersinar’
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada;
YBHG. TUAN MICHEL ALOK
Presiden
Parti Impian Sabah
& Semua Kepimpinan Pusat.