Perutusan Khas Sempena Sambutan
Hari Raya AidilfitriĀ 2026
YBhg.Tuan Michel Alok
Presiden Parti Impian Sabah (PIS)
Salam Sejahtera, Salam Hormat, dan Salam 1impian kepada seluruh rakyat Sabah yang saya kasihi.
Sepanjang sebulan yang lalu, rakan-rakan kita umat Islam telah melalui ibadah puasa dengan penuh disiplin, kesabaran, dan pengorbanan. Sebagai rakan dan saudara se-Sabah, saya sentiasa kagum dengan ketabahan ini yang bukan sahaja menguatkan kerohanian, malah mengajar kita semua tentang erti empati dan keikhlasan.
Saya, mewakili seluruh kepimpinan dan ahli keluarga Parti Impian Sabah (PIS), ingin menyusun jari memohon maaf zahir dan batin kepada anda semua.
Di Sabah, keunikan kita adalah kekuatan kita. Aidilfitri bukan sekadar perayaan untuk umat Islam, tetapi ia adalah simbol keharmonian di mana rakan-rakan kita dari pelbagai latar belakang etnik dan agama turut bersama-sama berkongsi kegembiraan.
Tahun 2026 membawa cabaran baru, namun semangat ‘Rumah Terbuka’ kita membuktikan bahawa tembok perbezaan boleh diruntuhkan dengan rasa kasih sayang dan hormat-menghormati. Di bawah payung Parti Impian Sabah, matlamat kita tetap satu: Memastikan setiap anak Sabah, tanpa mengira latar belakang agama atau etnik, mendapat pembelaan dan peluang yang adil.
Marilah kita jadikan semangat Aidilfitri ini sebagai pemangkin untuk kita terus bekerja keras demi kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial tanah air kita tercinta ini.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
Michel Alok,
Presiden Parti Impian Sabah