Perutusan Presiden

Sempena Ramadhan 2025

1 Ramadhan 1446H | 2 Mac 2025

Salam Sejahtera dan Salam Sabah Bersatu Bangkit Bersinar.

Bulan Ramadhan hadir sekali lagi sebagai bulan yang penuh makna bagi saudara dan saudari yang beragama Islam. Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi simbol kepada nilai-nilai murni seperti kesabaran, keikhlasan, dan kasih sayang sesama manusia.

Sebagai rakyat Sabah yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, kita harus terus memperkukuh semangat perpaduan dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Inilah kekuatan sebenar yang menyatukan kita dalam membina Sabah yang harmoni dan sejahtera.

Parti Impian Sabah sentiasa percaya bahawa kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira latar belakang. Ramadhan memberi peluang kepada kita semua, sama ada Muslim atau bukan Muslim, untuk mempergiatkan amalan kebajikan, membantu golongan yang memerlukan dan menyemai rasa kasih terhadap sesama insan.

Saya menyeru seluruh rakyat Sabah agar terus mengukuhkan perpaduan, saling menghormati, dan membina masa depan yang lebih baik untuk tanah air tercinta ini.

Sabah Bersatu, Bangkit, Bersinar!

Parti Impian Sabah – Impian Rakyat, Harapan Sabah!

YBhg Tn. Michel Alok
Presiden dan Pengasas
Parti Impian Sabah
ms_MYMalay