Mengenai Parti Impian Sabah
PIS yakin boleh menang kerana
PIS adalah parti baharu yang bebas dari sebarang ikatan dengan mana-mana pihak berpengaruh atau agenda-agenda arena politik.
PIS berikrar untuk mengurus kekayaan Sabah dengan bijak dan mesra rakyat agar mengurangkan pergantungan kepada bantuan dana kerajaan persekutuan.
Visi, misi dan perjuangan PIS membawa anjakan politik, sosial dan ekonomi yang menyeluruh untuk rakyat pinggir bandar dan luar bandar.
Berkeyakinan dengan kewibawaan dan imej bersih barisan pemimpin yang ditampilkan akan diterima oleh rakyat Sabah.
Barisan pemimpin dipilih adalah layak, bebas, amanah, tekun, sedia berkhidmat dan bersungguh untuk membawa Sabah ke era yang lebih baik.
Parti prihatin dengan kepayahan rakyat Sabah menjalani kehidupan harian dan barisan pemimpin PIS tahu cara-cara untuk mengatasinya dengan berkesan.
Mestilah boleh! Sebab barisan pemimpin Parti Impian Sabah
- Mendukung teras asas kepercayaan kepada Tuhan.
- Berkomitmen memacu Sabah ke era maju dan berjaya.
- Tahu rungutan rakyat Sabah dan tahu cara untuk menanganinya.
- Dipilih berdasarkan kriteria dan kelayakan yang ditetapkan oleh Parti Impian Sabah.
- Dipilih tanpa pilihkasih, pengaruh atau mengikut kapasiti kewangan.
- Adalah bersih, berintegriti, rendah diri dan boleh dipercayai.
- Komited menjauhi politik wang dalam urusan parti atau pilihanraya.
- Komited tidak melibatkan kepentingan diri dalam apa-apa urusan.
- Komited tidak tamak kemewahan, kuasa dan kedudukan.
- Komited tidak akan lompat parti.
- Melafazkan ikrar bebas rasuah di hadapan pegawai SPRM.
- Bertanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat dan bersifat akauntabiliti atas kesilapan.
- Terdiri dari wakil pelbagai lapisan masyarakat majmuk Negeri Sabah
Ini adalah kerana:
- Parti Impian Sabah mahu mengetengahkan identiti baru dan ideologi dinamik parti yang diimpikan oleh rakyat Sabah.
- Parti Impian Sabah mahu melaksanakan pelbagai dasar yang sealiran dengan perubahan zaman.
- Parti Impian Sabah tidak mahu terikat dengan mana-mana parti yang berpengaruh dari Semenanjung Malaysia.
- Parti Impian Sabah mahu mengetengahkan barisan pemimpinnya yang murni, berakhlak mulia, tekun, bertanggungjawab, layak dan tidak ‘terikat’.
- Parti Impian Sabah mahu menyemai barisan pemimpin muda yang berjiwa Sabah dan berpandangan luas.
- Parti Impian Sabah menolak politik lompat parti, politik wang dan budaya kuasa.
- Parti Impian Sabah mahu mendidik untuk membina semula kepercayaan rakyat Sabah terhadap perjuangan politik yang lebih murni di Sabah.
- Parti Impian Sabah melibatkan pelbagai lapisan rakyat Sabah dalam majlis pentadbiran tertingginya.
Saya harus sokong kerana
Matlamat dan tujuan PIS dapat membawa Sabah ke masa depan yang penuh harapan, cerah, maju dan terjamin.
Teras perjuangan PIS berasaskan statusnya yang tidak terikat dengan mana-mana pihak berpengaruh.
PIS mempertengahkan barisan pemimpin muka baru, bersih, cekap, berkelayakan, tekun dan berjiwa rakyat.
PIS komited kepada tuntutan hak-hak rakyat Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
Pendekatan politik PIS adalah berdasarkan ideologi baru yang menjadi harapan rakyat Sabah.
Kesungguhan PIS memperbetulkan presepsi negatif rakyat Sabah terhadap etika, amanah dan nilai kejujuran dalam berpolitik.