Logo & Bendera Rasmi
VISI DAN MISI PARTI
Tujuan dan Matlamat
Parti Impian Sabah
01
Mendukung cita-cita Negara Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara mengikut nilai murni dan erti katanya yang sebenarnya.
02
Memacu Negeri Sabah ke tahap lebih berjaya, cemerlang dan mampan dalam kematangan berpolitik, demokrasi berparlimen, pentadbiran kerajaan negeri, pertumbuhan ekonomi, isu-isu sosial dan pengurusan khazanah semula jadi.
03
Komited mengamalkan perbuatan bebas rasuah melalui etika keperibadian mulia dan prinsip kepimpinan melalui tauladan yang bersih, cekap dan amanah berdasarkan prinsip ‘Kepercayaan kepada Tuhan’.
04
Menuntut, mengekal dan menjaga hak dan kepentingan Negeri Sabah dalam Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.
05
Mendukung prinsip dan hak kebebasan beragama untuk keharmonian seluruh Rakyat Sabah.
06
Mempertahankan hak dan kedudukan istimewa Bumiputera Tempatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.
07
Mempertahankan adat resam warisan nenek moyang dan mengembangkan kekayaan seni persembahan budaya tradisi semua kaum, etnik dan sub-etnik Sabah.
08
Membentuk sebuah parti politik yang bersih dan sentiasa bebas dengan mengamalkan cara berpolitik demokrasi yang berkualiti, beretika dan berakhlak tinggi untuk memulihkan persepsi dan keyakinan rakyat Sabah terhadap politik.
09
Menyatukan rakyata yang mengambil berat tentang masa depan, hala tuju dan kemakmuran Sabah supaya boleh berjuang dengan satu hati di bawah naungan Parti Impian Sabah.
10
Menyatukan para pemimpin yang berkaliber, berintegriti dan ikhlas dalam memperjuangkan kemakmuran dan kesejahteraan Sabah.
11
Kesamarataan pemberian peluang pekerjaan, pendidikan dan perniagaan serta kemudahan kewangan.
Asas Utama Penubuhan Parti
Sabah memerlukan sebuah parti baru yang bersih dengan dasar dan hala tuju parti yang jitu dan teratur, yang dapat berubah mengikut aliran masa dan bertekad melaksanakan rancangan-rancangan pemulihan dan pembangunan yang diilhamkannya untuk direalisasikan apabila menjadi kerajaan demi kemakmuraan, kesejahteraan dan kemajuan Negeri Sabah.
Sabah memerlukan sebuah parti baru yang bersih dengan barisan kepimpinan baru yang berintegriti, berpendirian, tidak terikat dengan mana-mana pertubuhan politik lain tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dan tidak terpengaruh dengan mana-mana gimik berpolitik semasa.
Sabah memerlukan sebuah parti baru dengan barisan kepimpinan generasi muda yang mempunyai misi dan visi yang jelas, inovatif dan dapat menyelesaikan masalah dan rungutan rakyat yang diwakilinya secara jitu untuk kemakmuran bersama.
Teras Perjuangan Parti
Iklim politik di Sabah telah mengalami banyak perubahan semenjak kemerdekaan apabila sesetengah pihak ingin terus memerintah dengan membawa parti politik dari Semenanjung Malaysia yang memperkenalkan ideologi politik tidak berintegriti.
Rakyat Sabah harus diberi peluang untuk memilih sebuah parti politik yang boleh membawa satu transformasi politik yang baru melalui kepimpinan yang baru, bersih, cekap, amanah dan tidak terikat dengan mana-mana pihak yang berpengaruh dan boleh memperbetulkan ideologi politik yang tidak berintegriti.
Maka Parti Impian Sabah berpegang kepada lima (5) teras untuk menguatkan barisan pemipin dalam menghadapi apa pun cabaran akan datang. Lima teras ini dilaksanakan di semua peringkat pentadbiran parti untuk kekuatan para pemimpin agar sentiasa teguh dalam perjuangan parti dan tidak terpengaruh dengan gimik ideologi politik parti-parti lain.
01 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua pemimpin PIS percaya dan bersandar kepada Tuhan pencipta langit dan bumi untuk mendapatkan panduan, petunjuk, ilham dan kekuatan melaksanakan perjuangan parti.
02 TAKUT KEPADA TUHAN
Pemimpin harus takut akan Tuhan Sang pencipta langit dan bumi supaya jangan melakukan perbuatan yang dilarang olehNya, kerana Tuhan tidak akan memberkati dan menghukum mereka yang berbuat kejahatan di sebaliknya memberkati dan memberi pahala kepada mereka yang berbuat kebaikan.
03 PENGAMALAN NILAI MURNI
Pengamalan Nilai Murni bermaksud bahawa pemimpin itu mengamalkan kepimpinan yang baik dari semua aspek terutama dari segi kesopanan, kesusilaan, nilai moral yang baik dan ia menjadi panduan kepada orang lain. Pemimpin yang baik juga harus mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti berikut;
Kepemimpinan yang bersih, rendah hari, bertanggungjawab, berintergriti, cekap dan amanah.
- Pemimpin yang mempunyai kesaksian yang baik. Jika ada masalah yang lama ia haruslah diselesaikan dahulu sebelum menjadi pemimpin.
- Pemimpin mempunyai kerendahan hati yang mahu ditegur, dinasihati dan di disiplinkkan sekiranya melakukan kesalahan.
- Pemimpin yang mempunyai sikap yang bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan dan juga bertanggungjawab atas setiap kesilapan yang dilakukan dengan meminta maaf secara terbuka sekiranya telah melakukan kesilapan.
- Pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi, di mana pemimpin ini mempunyai sikap yang menolak amalan rasuah penyalahgunaan kuasa dan kedudukan.
- Pemimpin yang cekap dan berkebolehan untuk melakukan tugas – tugas yang telah diberikan supaya apa pun tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.
- Pemimpin yang amanah dan ikhlas dalam melakukan tugas yang telah diberikan. Sikap keikhlasan dan kejujuran dalam melakukan kerja atau tugas itu haruslah ditunjukkan kepada masyrakat yang dilayani.
04 MENEGAKKAN DASAR KEPIMPINAN GENERASI MUDA DENGAN MENGHADKAN TEMPOH JAWATAN
Pemimpin menerapkan prinsip memberi peluang kepada generasi muda yang mempunyai kelayakan dan kebolehan serta visi dan misi yang baik untuk menjadi pemimpin di massa hadapan. Pemimpin harus membimbing pelapis generasi muda untuk mengambil alih kepimpinan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
05 MEMBUDAYAKAN PRINSIP BERBILANG KAUM DAN AGAMA
Agama
i. Mengamalkan konsep menghormati kepercayaan agama masing-masing yang ada di Sabah.
ii. Memastikan agama yang ada di Sabah diberi kebebasan untuk mengamalkannya tanpa sebarang gangguan atau paksaan.
Kaum
i. Parti ini mempertahankan, memelihara dan mengembangkan adat resam serta kebudayaan semua etnik kaum dan sub-etnik yang ada di Sabah.
ii. Parti ini juga mengamalkan konsep menjaga keharmonian berbilang kaum yang ada di Sabah termasuk warganegara Malaysia yang sah melalui perundangan.
Kelainan Ideologi Parti Impian Sabah
Mengamalkan prinsip percaya dan bersandar kepada Tuhan pencipta langit dan bumi untuk panduan, ilham dan kekuatan untuk mencapai perjuangan parti.
Mengamalkan prinsip Takut kepada Tuhan supaya tidak melakukan perbuatan yang tidak dilarang olehNya.
Parti Impian Sabah komited untuk menjadi sebuah parti politik yang bersih dan bebas dari politik wang, kegiatan rasuah dan kepentingan individu.
Parti Impian Sabah mensyaratkan kelayakan untuk menjadi pemimpin di dalam parti supaya hanya pemimpin yang benar-benar berkebolehan, layak dan berintergriti tinggi menjadi pemimpin di dalam parti.
Semua ahli majlis tertinggi, ketua bahagian dan timbalan ketua bahagian Parti Impian Sabah mesti melafazkan ikrar bebas rasuah seperti yang disarankan oleh SPRM.
Parti Impian Sabah melibatkan semua suku kaum, agama dan golongan profesional di dalam kepimpinan tertinggi parti agar proses mengenalpasti hala tuju parti adalah tepat, terkini dan efektif.
Mengehadkan tempoh maksimum seseorang pemimpin memegang jawatan yang sama selama dua belas(12) tahun untuk memberi laluan kepada generasi seterusnya.
Melibatkan SPRM sebagai badan pemantau/pemerhati bebas dalam semua peringkat pentadbiran parti.
Mendidik pengundi supaya benar-benar memahami tanggungjawab mereka sebagai pengundi, cara memilih pemimpin yang berkelayakan dan nilai undi mereka.