
IMPIAN SABAH
Perutusan Presiden
YBhg. Michel Alok
Presiden & Pengasas Parti Impian Sabah
Salam sejahtera dan salam Satu Impian kepada semua rakyat Sabah.
Saya amat tertarik dengan;
Hikmah mengenai sejarah Sabah dalam pembentukan Malaysia,
Penetapan 20 Perkara dalam Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963,
Perebutan kuasa antara pemimpin untuk memerintah Sabah,
Tahap kerugian Sabah dari perjanjian dengan Petronas,
Kemunduran dan kemiskinan Sabah setelah 60 tahun merdeka,
Kenapa ramai pemimpin Sabah masih menyokong parti-parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia,
dan
Adakah Sabah lebih maju dan makmur tanpa terikat dengan parti-parti dari Semenanjung Malaysia?
Perebutan kuasa di antara para pemimpin dari Tanah Melayu dan Sabah telah pun berlaku sejak awal penubuhan Negara Malaysia. Kekalutan ini berlaku apabila parti-parti yang memerintah di Sabah ketika itu tidak menyokong atau mengikut arahan pihak Persekutuan Tanah Melayu. Ia bermula pada era pemerintahan Tun Datu Mustapha Datu Harun, iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti USNO.Â
Kepimpinan Semenanjung Malaysia menubuhkan Parti Berjaya kerana Tun Mustapha tidak mengikut telunjuk mereka. Tujuan Parti Berjaya yang diketuai oleh Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) adalah untuk menjatuhkan kepimpinan Tun Mustapha. Malangnya Tun Fuad Stephens juga tidak sehaluan dengan Semanjung Malaysia maka terjadilah peristiwa ‘Double 6’ yang mengerikan. Detik hitam dalam sejarah Sabah itu telah mengorbankan beberapa pemimpin pengasas Penubuhan Malaysia dalam nahas kapal terbang yang dinaiki mereka di Kota Kinabalu.
Datuk Haris Salleh yang pro-semanjung telah menggantikan Tun Fuad Stephens sebagai Presiden Parti Berjaya dan menjadi Ketua Menteri Sabah. Perlembagaan Malaysia yang dibentuk pada tahun 1963 pun diceroboh pada bulan Jun 1976 slepas mereka mendapat seorang Ketua Menteri Sabah yang mengikut arahan mereka. Tindakan tersebut telah menyebabkan kerugiaan tidak terhingga kepada Rakyat Negeri Sabah.
Beberapa pemimpin tertinggi Negeri Sabah telah bersetuju untuk memberikan hak mencari gali dan menjual sumber asli petroleum Negeri Sabah kepada PETRONAS. Perjanjian ini telah menjadikan Negeri Sabah antara negeri yang termiskin di Malaysia di mana hanya 5% dari hasil jualan petroleum dikembalikan kepada Sabah. Selain itu 40% dari jumlah kutipan cukai dari Negeri Sabah yang sepatutnya dikembalikan kepada Sabah juga tidak dilaksanakan.
Sehingga hari ini para pemimpin di Sabah masih menyeru rakyat Sabah menyokong parti-parti daripada Semenanjung Malaysia untuk membantu Sabah keluar dari garis kemiskinan. Kini sudah ada 6 parti politik yang berasal dari Semenanjung Malaysia bertapak di Sabah iaitu UMNO, KEADILAN, AMANAH, DAP, PPBM DAN PAS. Namun parti-parti memerintah semenanjung lebih mengutamakan para pemimpin Sabah yang menurut kemahuan mereka justeru menjadikan pemimpin-pemimpin tersebut kaya-raya.
Adakah Sabah sudah keluar dari garis kemiskinan semenjak pembentukan Malaysia pada tahun 1963? Sedih sekali Sabah masih merupakan negeri yang termiskin di Malaysia. Jelas sekali Semenanjung Malaysia tidak ikhlas dalam membantu rakyat Sabah keluar dari garis kemiskinan. Malangnya, ramai pemimpin-pemimpin Sabah terus membisu dalam hal ini dan kurang ambil peduli.
Fakta-fakta sejarah Sabah menunjukkan tujuan para pemimpin dan parti-parti dari Semenanjung Malaysia berusaha sedaya upaya menguasai pemerintahan di Negeri Sabah bukan sahaja mendapatkan sokongan kerusi membentuk kerajaan tetapi juga kerana kekayaan sumber aslinya.
Pergolakan politik, ekonomi dan sosial di Sabah kebelakangan ini amat membimbangkan rakyat. Keadaan ini akan menjadi lebih parah sekiranya rakyat Sabah masih ragu-ragu dalam mengambil tindakan untuk memperbetulkannya dan ini sudah pasti generasi muda akan menanggung kesannya. Pelaksanaan dasar-dasar dan rancangan-rancangan pembangunan yang kerap berubah mengikut agenda kepimpinan parti-parti memerintah antara penyebab berlakunya keadaan ini.
Kebanyakan pemimpin kerajaan memerintah tidak memiliki kemahiran untuk mentadbir serta melaksanakan tanggungjawab di dalam portfolio yang disandang oleh mereka. Lebih mendukacitakan lagi, pemimpin-pemimpin parti politik yang memerintah pada masa lalu telah memperkenalkan ideologi politik songsang, dasar-dasar ekonomi yang kurang kompetitif, program-program kesejahteraan rakyat yang tidak efisien dan membazir, strategi-strategi pembangunan yang tidak berkesan dan sistem pentadbiran yang tidak efektif. Perkara ini merupakan penyumbang kepada senario yang dialami oleh rakyat Sabah sekarang.
Justeru rakyat melabelkan politik di Sabah sangat kotor. Ini berlaku kerana rakyat Sabah telah melihat dengan sendiri di mana ramai pemimpin parti-parti politik menggunakan wang untuk menarik penyokong bukan untuk memperjuangkan matlamat penubuhan parti. Terdapat juga parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendapatkan kuasa, kedudukan, kepentingan tertentu dan untuk mengaburi sambil memecah belahkan rakyat Sabah.
Semasa kempen pilihan raya, ramai calon sanggup mengamalkan politik wang untuk meraih undi. Mereka menang bukan berdasarkan kelayakan, kemampuan atau matlamat mereka untuk membantu rakyat selepas pilihan raya tetapi diundi kerana mereke memberi wang. Ini bermaksud, sesiapa pun yang bertanding sebagai wakil rakyat, boleh menang dan menjadi Yang Berhormat asalkan mereka mempunyai wang yang banyak tanpa mengira latar belakang, kredibiliti, kualiti kepimpinan dan jiwanya.
Secara langsung politik wang telah menyebabkan perkara berikut berlaku:
- Maruah rakyat Sabah sudah tergadai dengan wang ringgit.
- Pemimpin tidak berkaliber boleh menjadi Wakil Rakyat.
- Justeru rakyat melabelkan politik itu kotor dan tidak boleh diubah.
- Calon yang berkaliber dan berjiwa rakyat susah untuk menjadi Wakil Rakyat seandainya tidak mengamalkan politik wang
- Sabah tidak akan mendapat Wakil Rakyat yang berkelayakan, mahir, bersih, cekap dan amanah.
- Calon yang menang terdorong untuk terus melakukan rasuah dan menyalahguna kuasa.
- Wakil Rakyat yang menang tidak mengutamakan keperluaan rakyat tetapi fokus untuk mendapat balik wang yang digunakan oleh mereka semasa pilihan raya umum.
- Budaya lompat parti tidak akan dapata dibendung.
- Keadaan pemerintahan tidak akan stabil menyebabkan kelemahan pentadbiran, kelembapan ekonomi dan kemerosotan kesejahteraan rakyat.
- Kemiskinan dan kemunduran di Sabah tidak akan dapat diatasi.
- Sabah akan terus berada di bawah telunjuk Semenanjung Malaysia.
- Sabah tidak akan mendapat kuasa autonomi memerintah seperti yang diinginkan.
- Tuntutan rakyat Sabah terhadap hak-hak Negeri Sabah seperti termaktub dalam MA63 tidak dapat dicapai sepenuhnya.
- Hasil sumber asli dan kekayaan Negeri Sabah seperti minyak dan gas tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Sabah.
- Pelabur luar tidak berminat untuk melabur di negeri kesayangan kita.
Yang lebih menyedihkan lagi ialah rakyat telah menyaksikan bagaimana para pemimpin parti politik Semenanjung Malaysia memperkenalkan ideologi politik baru dengan laungan “MALU APA BOSKU” yang secara langsung menunjukkan mereka merestui perbuatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan duit negara tanpa rasa bersalah. Para pemimpin ini memberi imbuhan lumayan kepada rakyat untuk menyemai ideologi kotor ini agar diterap dalam budaya kita. Disebabkan oleh imbuhan inilah maka ramai rakyat sudah dikaburi oleh maksud sebenar ideologi Malu Apa Bossku. Perbuatan ini sangat berbahaya kerana ideologi ini mendorong golongan pemimpin muda dan kerajaan memerintah untuk meneruskan amalan-amalan ini dan paling buruk jika ia telah diterima oleh rakyat.
Andai kata Malu Apa Bosku telah menjadi budaya politik kita maka para pemimpin parti yang memerintah tidak lagi memikirkan tentang pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan diri, cara mendapatkan semula duit yang telah digunakan untuk mendapatkan jawatan dalam parti dan wang membeli undi semasa pilihan raya.
Kebanyakan pemimpin masih berpolitik walaupun pilihan raya sudah selesai. Sepatutnya para pemimpin yang menang harus giat melaksanakan manifesto yang dijanjikan dan bukannya masih sibuk berpolitik untuk menjaga kedudukannya di dalam kerajaan. Lebih teruk lagi mereka berpolitik untuk tidak melaksanakan manifesto mereka dan menyakinkan rakyat untuk menerima alasan mereka.
Cara berpolitik yang keterlaluan turut mencemari keharmonian di kalangan rakyat sehingga berlaku perpecahan dalam sesebuah keluarga. Perpecahan ahli keluarga berlaku kerana mereka tidak cukup matang dalam memahami peranan politik dengan menyokong parti-parti yang berlainan sehingga bermulanya pertengkaran mengenai ideologi yang berbeza. Perselisihan itu berterusan walaupun selepas pilihan raya sehingga keharmoniaan kaum dan agama turut terganggu atas perbezaan ideologi yang disokong. Saya melihat sendiri sehingga yang fanatik sanggup memutuskan tali persahabatan.
Pada masa yang sama, kerajaan yang memerintah sekarang tidak mengambil sebarang inisiatif dan tindakan untuk memperbaiki kemakmuran dan keharmonian rakyat negeri Sabah.
Parti politik merupakan satu badan yang ditubuhkan dengan mengumpul dan menyatukan individu-individu agar dapat berjuang bersama demi merealisasikan impian dan kemakmuran rakyat. Politik adalah satu landasan dan ianya tidak kotor tetapi ia telah dicemari oleh ahli-ahli dan para pemimpin politik yang membelakangkan impian dan kemakmuran rakyat Sabah.
Kenapa ini berlaku? Ia berlaku kerana ramai rakyat Sabah masih dibelenggu kemiskinan dengan kehidupan yang mundur dan sukar. Mereka akan menerima apa shaja bantuan dari mana-mana pihak untuk sara hidup. Peluang ini telah digunakan oleh ahli-ahli politik untuk meraih sokongan dengan memberi bantuan dalam bentuk wang kepada rakyat miskin. Ia juga berlaku kerana ramai pemimpin parti politik di Sabah yang inginkan kedudukan serta kuasa untuk mentadbir Negeri Sabah tanpa memahami secara mendalam kesan negatif mempraktikkan budaya politik tidak baik. Akhirnya, ramai pemimpin parti-parti politik di Sabah yang terperangkap di dalam situasi yang sangat sukar untuk diubah.
Secara ringkasnya;
01
Parti-parti yang ada sekarang melaksanakan dasar-dasar yang tidak relevan dengan perubahan zaman.
02
Pemimpin parti-parti politik yang ada sekarang ini selesa dengan prinsip, dasar dan cara berpolitik yang sedia ada.
03
Persepsi rakyat Sabah mengenai parti-parti politik dan pemimpinnya ini sudah tercemar. Malangnya, para pemimpin parti masih menganggap apa yang berlaku itu adalah politik normal.
04
Pemimpin parti-parti yang ada sekarang sukar menerima ideologi politik yang baru terutamanya dari generasi muda.
05
Pemimpin dan parti-parti yang ada di Sabah kini sudah terikat dengan parti Semenanjung Malaysia dan tidak efisien dalam menuntut hak-hak rakyat Sabah.
06
Pemimpin dan parti yang ada sekarang menggunakan wang, jawatan dan kuasa untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Cabaran susah hidup rakyat, kedahagaan untuk pembangunan setaraf dengan Semenanjung Malaysia, masalah sosial yang tiada penyelesaian, pengurusan khazanah sumber alam tidak mampan, ideologi songsang parti-parti memerintah, sistem pentadbiran kerajaan negeri yang kurang beretika dan pengolakan arena politik yang tiada kesudahan di Sabah sudah mencapai tahap yang membimbangkan.
Senario ini akan menjadi lebih parah dan sistem demokrasi akan runtuh sekiranya tidak dibendung. Bayangkan suatu hari di mana anak-anak atau cucu cicit kita hidup dalam rumah yang telah roboh. Pastinya kita dapat melihat kesusahan dan cabaran yang mereka hadapi. Runtuhnya sesebuah kerajaan mungkin tidak berlaku sekarang tetapi tidak ada kepastian ianya tidak akan berlaku sekiranya tidak dibendung. Apa yang harus kita buat untuk mengelak ia dari terjadi sekiranya kita sudah tahu perkara ini?
Saya berkeyakinan bahawa semua keadaan ini masih boleh diperbaiki. Kita belum terlambat untuk membawa Sabah ke masa depan yang lebih maju dan teratur demi kesejahteraan rakyat majmuknya. Namun kita harus bertindak sekarang dan bukan dengan kata-kata sahaja.
Untuk merealisasikan impian ini, Sabah harus mempunyai parti politik yang benar-benar memegang kepada prinsip politik yang beretika demi kesejahteraan rakyat dan tidak akan dipengaruhi oleh politik kuasa atau wang. Sabah perlu mempunyai barisan pemimpin baru yang berintegriti, berkaliber dan berkelayakan untuk merealisasikan impian kita. Mereka perlu mempunyai misi dan visi yang jelas, inovatif dalam menyelesaikan masalah rakyat dan melaksanakan rancangan jangka masa panjang yang jitu untuk kemakmuran Sabah.
Saya memilih jalan sukar demi tanah tumpah darah saya dengan menubuhkan sebuah parti baru yang berpegang kepada lima teras utam untuk keutuhan parti dalam merealisasikan impian rakyat Sabah.

Selain memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah, parti baru ini turut menjadi landasan untuk:

Membentuk sebuah parti politik yang bersih dan mengamalkan cara berpolitik sihat untuk memulihkan persepsi rakyat terhadap politik di Sabah yang sudah tercemar.

Menyatukan rakyat Sabah yang ingin berjuang bersama-sama untuk mencapai impian dan kemakmuran di bawah naungan sebuah parti.

Menyatukan para pemimpin yang berkelayakan dan berakhlak mulia untuk membangunkan Sabah di bawah naungan sebuah parti baru.

Menyediakan strategi pilihan raya yang boleh memperolehi kejayaan dan menjadi kerajaan pentadbir supaya pemulihan dan pembangunan negeri untuk kemakmuran, kesejahteraan serta kemajuan Negeri Sabah tercapai dengan jayanya.
Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan menyokong Parti Impian Sabah (PIS) berdasarkan kelebihan berikut:

Parti Impian Sabah adalah parti yang bebas dari sebarang ikatan dengan mana-mana pemimpin atau parti dari Semenanjung Malaysia.

Parti Impian Sabah dapat membawa Negeri Sabah ke masa depan yang lebih makmur.

Parti Impian Sabah menerapkan prinsip dan dasar-dasar kesejahteraan rakyat yang diimpikan rakyat Sabah.

Parti Impian Sabah akan berjaya dalam pilihan raya kerana memiliki ideologi realistik dan amat diharapkan oleh rakyat Sabah.

Parti Impian Sabah komited untuk menuntut hak-hak rakyat Sabah seperti yang tertulis dalam 20 perkara yang termaktub dalam Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 (MA63).

Parti Impian Sabah yakin boleh mencapai tujuan dan matlamat melalui sistem pentadbiran parti yang tidak mengikut jejak parti-parti politik sebelum ini.

Parti Impian Sabah menampilkan barisan pemimpin baru yang berintegriti, berkaliber, berkelayakan dan berjiwa Sabah demi membangunkan negeri yang kita cintai.

Parti Impian Sabah berbeza daripada parti-parti politik sedia ada dari segi teras, dasar, struktur pentadbiran, perlembagaan dan pelaksanaan.
Beliau dengan seikhlas hati menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk memberi peluang kepada Parti Impian Sabah dan berjuang bersama-sama sekali lagi untuk mencapai impian Negeri di Bawah Bayu.
Sabah Bersatu Bangkit Bersinar
VISI, MISI DAN MATLAMAT PRESIDEN



SEBAB-SEBAB UTAMA
PARTI IMPIAN SABAH DITUBUHKAN
Pergolakan merebut kuasa pemerintahan harus diberhentikan demi kesejahteraan Sabah. Justeru Parti Impian Sabah ditubuhkan kerana:

Prinsip-prinsip dan dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan memerintah pada masa ini tidak sealiran dengan keperluan dan kepentingan demi kesejahteraan rakyat di bandar dan pedalaman.

Prinsip-prinsip dan dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan memerintah pada masa ini tidak sealiran dengan keperluan dan kepentingan demi kesejahteraan rakyat di bandar dan pedalaman.

Prinsip-prinsip dan dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan memerintah pada masa ini tidak sealiran dengan keperluan dan kepentingan demi kesejahteraan rakyat di bandar dan pedalaman.

Prinsip-prinsip dan dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan memerintah pada masa ini tidak sealiran dengan keperluan dan kepentingan demi kesejahteraan rakyat di bandar dan pedalaman.

Prinsip-prinsip dan dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan memerintah pada masa ini tidak sealiran dengan keperluan dan kepentingan demi kesejahteraan rakyat di bandar dan pedalaman.

Prinsip-prinsip dan dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan memerintah pada masa ini tidak sealiran dengan keperluan dan kepentingan demi kesejahteraan rakyat di bandar dan pedalaman.
LATAR BELAKANG
Beliau lahir di Kampung Panimbanan Daerah Telupid dan membesar di Kg. Manduring bersama dengan ibu dan bapa beliau. Bapa beliau bekerja di kem kayu balak KongBorneo ketika itu.
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sungai Sapi pada tahun 1975. Beliau berjalan kaki ke sekolah setiap hari. Perjalanan beliau mengambil masa lebih kurang setengah jam kerana sekolah itu terletak lebih kurang 2 km dari tempat tinggal beliau. Kebiasanya beliau tidak dapat bersekolah pada musim hujan kerana bahaya untuk berjalan kaki melalui hutan dan pakaian beliau akan basah kuyup. Syukur kepada Tuhan atas perlindunganNya selama 6 tahun tersebut.

Keluarga beliau berpindah ke Kg. Muanad 1 di Beluran dalam tahun 1981 selepas kem kayu balak ditutup dan untuk membolehkan beliau masuk ke Tingkatan 1 di SMK Beluran. Bapa beliau hanya dapat bekerja di kebun-kebun getah dan buah-buahan ketika itu sebab dia tidak pernah bersekolah. Beliau membantu bapa beliau pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Beliau bersekolah Tingkatan 4 di SMK Sandakan pada tahun 1984 dalam Aliran Sains. Atas berkat Tuhan, beliau telah mendapat keputusan cemerlang SPM dan ditawarkan kursus Diploma Kejuruteraan Elektrikal di UITM Shah Alam, Selangor pada tahun 1986. Beliau merupakan pelajar pertama dari Daerah Beluran dan Telupid yang ditawar untuk mengikuti kursus diploma kejuruteraan di UITM. Beliau melalui pelbagai cabaran semasa belajar di UITM kerana berada di negeri yang mempunyai budaya, bangsa dan cara hidup yang berbeza dari Sabah.
UITM telah menawarkan kursus Sarjana Kejuruteraan kepada beliau berdasarkan keputusan cemerlang kursus diploma beliau. Walau bagaimanapun, beliau menolak tawaran tersebut untuk tidak terus membebankan kedua orang tua beliau yang sudah berumur. Beliau membuat keputusan untuk bekerja supaya dapat menjaga mereka. Beliau mengambil Executive Master Degree dalam bidang Perniagaan di Asia e University untuk mendalami pengetahuan dunia perniagaan pada tahun 2017.
Beliau sangat bersyukur kepada Tuhan atas berkat dan kemurahanNya menjaga kesihatan, keperluan keluarga dan perbelanjaan pengajian beliau pada masa itu sehingga beliau dapat menghabiskan kursus diploma yang penuh dengan rintangan dan dugaan.
KERJAYA

Beliau membuat keputusan untuk kembali ke Sabah selepas menamatkan pengajian pada tahun 1988 walaupun telah menerima tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Beliau membuat keputusan sedemikian untuk bekerja di kawasan yang membolehkan beliau menjaga ibubapa dan membantu penduduk kawasan kampung yang berdekatan tempat beliau bekerja.

Pada tahun 1990, beliau telah diterima bekerja di Kilang Kelapa Sawit Sapi milik Kumpulan Wilmar. Kilang tersebut terletak di Kg. Ulu Sapi iaitu 160 km dari bandar Sandakan yang hanya dihubungi melalui jalan pembalakan (logging road). Kg. Ulu Sapi terletak tidak jauh dari Kg. Panimbanan dan Kg. Manduring di mana beliau di lahir dan dibesarkan. Beliau sentiasa mendorong dan membantu penduduk kampung untuk mengusahakan tanah mereka dengan tanaman terutamanya kelapa sawit sebab ada pembeli yang tetap. Ramai di antara mereka yang sudah maju dengan usaha dan hasil dari tanaman kelapa sawit mereka.
Beliau juga memulakan perniagaan runcit dan stesen minyak atas nekad untuk terus membantu penduduk kampung yang tinggal jauh dari kemudahan infrastruktur dan kepesatan pembangunan. Impian dan hasrat ikhlas beliau ialah membantu penduduk-penduduk pedalaman agar dapat mengurangkan kos sara hidup dan tidak perlu berkunjung jauh untuk mendapatkan keperluan mereka seperti yang dialami oleh ibu bapa beliau.
Pada tahun 2006 beliau berhenti dari jawatan Senior Mill Manager di Syarikat Wilmar. Keputusan ini amat sukar namun ia membolehkan beliau melibatkan diri secara penuh masa dalam impian untuk membantu penduduk luar bandar dengan lebih komprehensif. Beliau berasa sedih selepas melihat melihat kesusahan hidup penduduk-penduduk kampung di kawasan Paitan dan Sugut semasa beliau ditugaskan oleh Syarikat Wilmar untuk membina sebuah kilang minyak sawit di Sri Kamusan pada tahun 2000.
Beliau membuat keputusan dalam tahun 2010 untuk menyertai pergerakan politik selepas menyedari ia adalah satu landasan yang berkesan membantu penduduk-penduduk pedalaman. Kerajaan menyediakan pelbagai peruntukan setiap tahun untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang disalurkan kepada wakil rakyat di daerah masing-masing. Namun pada hakikatnya penggunaan peruntukan tidak sepertimana yang diharapkan oleh beliau selepas menyedari bahawa setiap wakil rakyat mempunyai masalah dan agenda yang berlainan.
Beliau melaksanakan program bantuan jangka pendek termasuklah memberi bekalan keperluan makanan, ubat-ubatan dan membaiki tempat tinggal. Beliau turut memberi ceramah-ceramah motivasi dengan harapan mereka dapat memantapkan minda dan kesungguhan untuk berdikari. Namun program tersebut tidak dapat mengubah kehidupan mereka dan ianya sangat mencabar dan membebankan dengan kedudukan sumber kewangan dan tenaga manusia yang beliau miliki ketika itu.
Beliau mendapat ilham untuk melakukan program penanaman ubi kayu berdasarkan konsep ‘ajar’ dia memancing dan kamu telah memberi dia makan selamanya. Program ini berjaya dilaksanakan di kawasan Kota Marudu, Pitas, Paitan, Sugut dan Telupid selama tiga tahun. Ianya dilaksanakan dengan membekalkan batang ubi secara percuma dan penduduk kampung diajar cara untuk menanamnya. Beliau membeli hasil ubi kayu dari mereka, memprosesnya dan dijual sebagai baja makanan ternakan. Program ini sangat mencabar! Beliau terpaksa menghentikan program ini atas sebab kekang dana, tenaga manusia, pengangkutan, pemprosesan dan infrastruktur. Ianya dilaksanakan tanpa bantuan kerajaan, penglibatan pihak swasta atau sokongan institusi kewangan.
Impian beliau untuk membantu anak-anak penduduk kampung yang tinggal terlalu jauh di pendalaman untuk ke sekolah telah di kabuli Tuhan Maha Esa pada tahun 2018. Namun proses yang dilalui untuk mencari penaja dan bantuan dari pihak kerajaan, swasta atau perseorangan adalah sangat mencabar. Beliau bersyukur akhirnya berjaya membina sebuah asrama untuk anak-anak yang memerlukan di Kampung Ulu Sapi yang berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Ulu Sapi dan Sekolah Menengah Ulu Sapi dengan bantuan Gereja Methodist Kuala Lumpur.
Kesimpulan yang beliau perolehi dari usaha dan pengalaman membantu penduduk pedalaman ialah Sabah memerlukan pemimpin-pemimpin baru yang ikhlas hati, impian murni dan dapat melaksanakan program untuk membantu mereka keluar dari garis kemiskinan. Maka dengan impian, nekad dan kejujuran diri, beliau menubuhkan Parti Impian Sabah pada tahun 2022 untuk membawa nafas baru kepada Sabah.